Harini, berlalu lagi sehari yang tanpa aku sedar telah meninggalkan aku kebelakang.Akukah yang terlalu perlahan mengorak langkah? Tanpa aku sedar, aku kini kian ditinggalkan.
Ditinggalkan waktu.
Aku menganggap aku masih lagi berada di zaman sahabat adalah teman yang sentiasa disisi.
Sedangkan, aku telah ditinggalkan dengan kini zaman handphone adalah teman sejati.
Aku terperangkap didalam zaman ibu bapa dipatuhi,
Tapi sekarang dunia sudah lolos di dunia penonton yang perlu diikuti.
Aku sesat dalam kehidupan yang tidak aku mahu tinggalkan,
aku masih dalam dunia aku sendiri.
Sepi demi sepi yang aku lalui, hanya air mata yang menjadi peneman dikala dinihari.
Aku kah perlu mencari?
Atau aku yang perlu berhenti?
Duhai hati, bertahan sekejap sahaja lagi. Dunia yang aman akan kembali.
Kembali memeluk setiap luka. Bahkan setiap calar yang tertinggal, kini pulih kembali.
Saban hari orang asyik mengejar pandangan orang,
sedangkan aku asyik diajar agar tidak terlihat orang.
Apa yang aku perlu lakukan?
Aku sentiasa mempunyai satu rasa bahawa setiap yang ada disamping aku, tidak setulusnya mencintai aku. Ada yang tidak lansung meletakkan aku.
Bagaimana harus aku hadapinya ya Tuhan?
Tuhan,
Dimana Engkau disaat aku memerlukan?
Tapi aku lupa, Tuhan menghadirkan rasa adanya Dia dengan pelbagai cara.
Dan sebenarnya Dia sentiasa ada.
Maafkan aku ya Tuhan, kerana sentiasa meminta :)



